Jikalau aku diberi satu permintaan
Aku tidak akan memilih untuk menjadi kaya, tidak akan memilih untuk menjadi cantik, tidak mahu rumah yang besar, tidak mahu kereta yang mahal atau gitar yang mahal
Kerana aku bersyukur atas apa yang aku miliki
Aku tidak kaya, tidaklah cantik, tidak memiliki rumah yang besar atau kereta yang mahal
Aku tahu semua itu boleh dicari dengan usahaku sendiri
Aku hanya mahu dia berubah
Aku tahu aku tidak punya kuasa untuk mengubah seseorang
Aku hanya mahu dia tahu yang anak-anaknya sentiasa ambil berat akan dirinya
Biarpun dia gagal memenuhi tanggungjawabnya
Anak-anaknya sentiasa ambil berat akan dirinya
Kini dia tidak punya apa-apa lagi
Orang yang disayanginya ketika waktu dulu sudah pun pergi meninggalkannya
Aku tahu memang perit tinggal bersendirian di waktu usia mencecah tinggi
Tapi apakan daya, keadaan tidak boleh dipusing atau di rewind
Dulu aku selalu ingat aku sedang bermimpi dan tidak boleh terima kenyataan.. tapi itu dulu, waktu aku masih diusia remaja
Aku selalu mimpikan rumah yang pernah didiami oleh aku, dia, mama, dan adik beradikku
Kini tidak lagi
Aku punya hidupku sendiri
Dia yang mengajar untuk aku jadi hati batu
Dulu aku hati aku hati tisu
Selalu mencuba untuk mengambil perhatiannya daripada orang yang disayanginya
Belajar bagai nak gila semata mata untuk make him proud of me..
Tapi sekarang tidak lagi
Aku sudah menjadi perempuan hati batu
Jika dia mahu aku temani dia dihari hari bosannya mungkin aku boleh cuba,
Cuma mungkin tidak lagi seakrab dulu
No more daddy's little girl
Aku sayangkan dia sama seperti dulu cuma keakraban mungkin sudah hilang lama
I'm sorry dad..
1 year ago
1 comment:
is so sad to read this word well i just want to said.be grateful cause you had a living daddy before it come back to other realm try give your love as long as you can.sekeras=keras batu boleh dibentuk oleh air think it girl think it.where ever you go you be there.please font hate me because i just want to remind to myself too.
Post a Comment